SMART MEDIA YOBSN

YOBSN

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan satu lagi laman sosial iaitu YOBSN (Your Own Branded Social Network) yang dijangkakan akan menguasai dunia internet berdasarkan kepelbagaian kemudahan dan peluang yang ditawarkan kepada ahli YOBSN.
Tonton video ini untuk kefahaman awal bagaimana YOBSN boleh menjadi gelombang baru di internet.
YOBSN adalah laman sosial yang dibangunkan oleh syarikat bebas hutang (debt-free) iaitu Smart Media yang didaftarkan di USA yang terletak di 123 W.Nye Lane Carson City, Nevada 89706. Smart Media Technologies telah dibawa ke Malaysia oleh Jutawan Hartanah, Tahir Husein pada April 2012.
The Legacy Millionares World yang berpengkalan di Kelana Jaya, Kuala Lumpur yang juga merupakan leader kepada rangkaian ini bermula agak lambat atas sebab penyiasatan terhadap syarikat ini di USA Embassy, Kuala Lumpur dan di negara USA sendiri bagi memastikan syarikat ini bukan syarikat penipu atau 'scam company'.
CEO dan pengasas Smart Media ialah David Martin yang juga merupakan perekabentuk dan pembangun 'banking platforms & digital banking security system' sejak tahun 1998. 
***
"Our goal is to become the first fortune 500 technology company to provide its global members with a financial opportunity"
David Martin, CEO & Founder of Smart Media 
***
Semua orang menggunakan internet. Penggunaan internet inilah yang membolehkan 
  • Google meraih keuntungan lebih dari 200 bilion dalam tempoh 2 tahun 
  • Yahoo mencapai 42 bilion dalam tempoh 10 tahun
  • Facebook dilancarkan pada tahun 2004 dan mengambil masa 3 tahun untuk mengumpul untung sebanyak 1 juta. Selepas 9 tahun, Facebook memperolehi untung sebanyak 100 bilion.
  • Smart Media Technologies cuma mengambil masa 6 bulan sahaja untuk mencapai untung 1 juta.
Kenapa Smart Media Technologies boleh mencapainya begitu cepat?
Sebab, disamping pemasaran internet, kita adalah rakan perniagaan Smart Media Technologies yang membawa trafik kepada pautan ini.
YOBSN menawarkan 2 jenis keahlian yang menguntungkan ahli
  • Akaun YOBSN Percuma (Your Own Branded Social Network Free Account )
  • Akaun YOBSN Berbayar (Ultimate Member) yang mana akaun YOBSN dijenamakan menjadi milik pemegang akaun YOBSN berbayar yang memberikan peluang kepada pemiliknya sehingga 16 cara menjana keuntungan lumayan tanpa had.
Kedua-dua pemilik jenis akaun di atas mempunyai kelebihan tersendiri dan pasti mendapat untung dengan hanya beraktiviti di YOBSN kerana idea David Martin ialah membayar ahli yang membawa seseorang yang lain ke pautannya dan yang bekerjasama dalam program yang ditawarkannya.
UNTUNG AKAUN PERCUMA
Apabila anda mendaftar satu akaun percuma, anda akan menerima akses ke YOBSN. Apa yang menarik sebagai ahli berdaftar Percuma ialah
  • Menang Hadiah | Berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan setiap hari, minggu dan bulan dengan hanya mengklik banner di YOBSN sendiri setiap hari. Antara hadiah yang ditawarkan dalam aktiviti ini ialah seperti smart (social) point, laptop, ipad, ipod, nintendo wii, wang tunai dan banyak lagi. Sangat mudah untuk menang dengan hanya daftar percuma, klik setiap hari dan anda telah berpotensi untuk menang.
Banner yang perlu diklik setiap hari untuk mengumpul 'Social Point & Prize Entries' menang hadiah yang ditawarkan 
Antara ahli YOBSN yang telah memenangi hadiah yang ditawarkan. Bagi yang telah menang, 'Prize Entries' akan di reset. Ini akan memberikan potensi semua ahli boleh menang.
  • Membeli Belah Percuma | YOBSN menawarkan peluang kepada ahlinya membeli belah percuma (World First Free Online Shopping) melalui Smart Point Rewards Program.
Antara barangan yang boleh dibeli dari Rewards Store menggunakan Smart Point ahli
CARA KUMPUL POINT
Dalam Smart Point Rewards Program, point terkumpul melalui aktiviti-aktiviti di YOBSN boleh digunakan untuk menebus produk pilihan sendiri di Rewards Store.
Point tersebut boleh dikumpul melalui pelbagai cara seperti
  • Klik Setiap Hari | Klik Daily 'DAILY PRIZE INSTANT WIN' di YOBSN akaun anda yang membolehkan anda mendapat point-point tertentu
  • Menjemput Rakan | Ahli akan diberikan 25 point bagi setiap seorang yang mendaftar melalui akaun YOBSN ahli. Apa yang perlu ialah promosikan sahaja akaun YOBSN sendiri untuk memperolehi seberapa banyak point. Bagi yang ada akaun facebook, jika akuan facebook anda penuh 5 ribu dan semuanya menyertai YOBSN melalui anda bermakna anda sudah dapat mengumpul 125,000 point. Dengan jumlah point ini, anda sudah dapat menebus lebih kurang 6 item termahal di Rewards Store.
Borang pendaftaran percuma YOBSN
  • Menggunakan Sistem Komunikasi | Terdapat banyak sistem komunikasi di YOBSN seperti Smart Mail, Smart Chirp, Smart Chat dan Virtual Home. Setiap aktiviti anda menggunakan sistem komunikasi ini akan diberikan point.
  • Belajar Dengan Menonton Video Di Perpustakaan Pendidikan | Di YOBSN terdapat ruangan pendidikan umum berkualiti tinggi iaitu Smart Library dan My University. Bahan-bahan pendidikan di My University sebahagiannya dihasilkan dengan kerjasama Yale dan Stanford University. Jika ahli menonton video untuk belajar pun akan mendapat point.
  • Bermain Permainan | Di YOBSN juga terdapat lebih 100 permainan pendidikan untuk dimainkan. Anda akan diberikan point jika anda bermain permainan yang disediakan.
Selain daripada itu terdapat beberapa lagi keistimewaan kepada ahli percuma di YOBSN.
YOBSN merupakan kemaskini dari versi 1 iaitu HPP (Home Page Pays). Pada masa ini YOBNS masih diperingkat Beta. Walau bagaimanapun, ianya sudah boleh digunakan untuk beraktiviti. 
Daftar sekarang dan jadi ahli terawal di YOBSN kerana ada kelebihan lain sebagai senior di laman sosial YOBSN

No comments:

Post a Comment